PETALING JAYA: Empat fokus diberi keutamaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam memastikan kualiti pendidikan di Tabika dan Taska di bawah pentadbiran menepati matlamat ditetapkan. Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi berkata, fokus itu bagi menepati hasrat kerajaan melalui beberapa inisiatif yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) semalam. Kata beliau, KEMAS mengorak langkah sejak tahun lalu dalam merangka teras berkenaan supaya pendidik bersedia dengan kemahiran yang diperlukan dalam dunia pendidikan digital semasa. Antaranya, meningkatkan keupayaan digital kakitangan melalui pelaksanaan pelbagai kursus, bengkel dan program kecekapan digital pendidik, dengan kerjasama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya