Jika mahu boikot, buatlah tetapi jangan memaki - Mira Filzah - Utusan Malaysia

Jika mahu boikot, buatlah tetapi jangan memaki – Mira Filzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau ingin sekat, buatlah tetapi tidak perlu sampai keluarkan kata-kata yang tidak baik.”

Demikian luahan pelakon, Mira Filzah berikutan ‘gerakan’ segelintir pihak yang mahu memboikot golongan selebriti yang didakwa masih menyokong jenama pro-Israel di media sosial.

Mira berkata, dia tidak mampu menghalang gerakan boikot dilakukan namun segelintir warganet tidak perlu memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada golongan selebriti yang tersenarai.

“Saya bercakap ini untuk semua. Lakukan apa sahaja yang anda mahu. Kalau ingin sekat, buatlah tetapi tidak perlu sampai keluarkan kata-kata yang tidak baik.

“Itu ‘blockout’ bukan ‘makiout’. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala,” ciapnya di aplikasi X semalam.

Dalam perkongsian sama, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, menegaskan dia tidak pernah lupa penderitaan rakyat Palestin dan sering memuat naik hantaran sebagai tanda sokongan.

“Siapa yang datang semata-mata nak stalk sahaja rasa ‘dan dan’ kongsi. Siapa yang sudah lama ikuti akaun media sosial, mesti tahu apa yang saya selalu kongsi.

“Sebelum 12 Mei, ada tarikh 7 hingga 10 Mei pun saya ada muat naik. Sejak Januari pun sudah muat naik, bukan ‘dan dan’,” katanya.

Selain Mira, beberapa selebriti lain antaranya Neelofa, Scha Al Yahya, Daiyan Trisha, Eyka Farhana, Nabila Razali dan ramai lagi turut tersenarai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya