SINGAPURA: Sebuah jet pejuang F-16 terhempas di pangkalan udara tentera di Singapura, hari ini.
Berita itu disahkan oleh Kementerian Pertahanan Singapura ketika jet tersebut berlepas kira-kira pukul 12.35 tengah hari tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Sebelum jet terhempas di Pangkalan Udara Tengah, juruterbang berjaya keluar dari pesawat itu.
“Beliau dalam keadaan sedar dan boleh berjalan, serta menerima rawatan perubatan,” katanya lapor Channel News Asia.
Menurut kementerian itu, jet itu mengalami masalah semasa berlepas dan juruterbang bertindak balas mengikut prosedur kecemasan.
“Insiden seperti ini jarang berlaku dan tiada kakitangan lain yang cedera.
“Siasatan mengenai nahas itu sedang dijalankan,” katanya.
Jet pejuang milik Singapura itu sudah beroperasi selama 30 tahun.