KUALA SELANGOR: Pembinaan keseluruhan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) di jajaran Tanjong Karang–Assam Jawa di sini, dilapor mencapai tahap 71 peratus dan dijangka siap pada Mac 2026. Lebuhraya melibatkan Seksyen 7 sepanjang 29.5 kilometer (km) itu dijangka mampu menjimatkan masa perjalanan sehingga sejam berbanding jalan persekutuan sedia ada. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembinaan jajaran itu melibatkan dua bahagian dari Persimpangan Bertingkat Assam Jawa (Lebuhraya LATAR) sehingga Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang. Menurutnya, Seksyen 7A sepanjang 19.5km bermula dari persimpangan Assam Jawa ke Ladang Sungai Terap, kemajuan kerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya