Jagalah hubungan baik - Aaron Aziz harap peluang tak terjejas kerana isu Aliff Aziz - Utusan Malaysia

Jagalah hubungan baik – Aaron Aziz harap peluang tak terjejas kerana isu Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Aaron Aziz, memaklumkan beliau pernah beberapa kali menasihatkan Aliff Aziz agar sentiasa menjaga etika kerja dan menghindari individu toksik.

Katanya, peringatan tersebut dibuat secara peribadi dan bukan terbuka di media sosial.

“Jika berkaitan kerja, saya ada beberapa kali beri teguran secara privasi. Saya tidak akan buat sebarang hantaran di media sosial.

“Namun saya tak boleh bagi nasihat tentang isu yang melandanya sekarang. Ini soal hati dan perasaan, jadi saya tak boleh nak bantu.

“Saya cuma  berharap dia dapat hentikan perkara ini kerana akan menggangu kerjayanya,” kata Aaron.

Aaron ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media The Experts di Slate @ The Row 44, baru-baru ini.

Pelakon Ombak Rindu itu juga merasakan, Aliff perlu bertanggungjawab ke atas khilaf yang dilakukannya dan mengenang kembali niat sebenar dia melangkah ke dalam industri hiburan.

“Saya biarkan pihak berkuasa yang selesaikan perkara ini. Sendiri buat hal, pandai-pandailah tanggung akibatnya. Jika digam atau kena buang. Itu kesalahannya sendiri.

“Kita kena ada niat datang ke sini (Malaysia), untuk apa? Adakah nak bekerja dan meningkatkan prestasi sebagai pelakon? Atau nak bercinta dengan semua orang? Terpulang. Awak yang pilih laluan,” katanya.

Jejaka berusia 48 tahun itu bagaimanapun mengingatkan artis yang datang daripada negaranya untuk menjaga tatasusila agar tidak merosakkan imej dan hubungan baik antara dua negara.

“Hubungan industri antara Singapura dan Malaysia sudah cukup baik, dan mudah untuk artis luar dipelawa membintangi karya tempatan.

“Jadi jagalah hubungan baik itu. Saya juga mengharapkan tidak terjejas peluang untuk pelakon luar mencuba nasib di Malaysia kerana adanya isu sebegini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya