Jadi, dia pun dalam golongan Swinger? - Utusan Malaysia

Jadi, dia pun dalam golongan Swinger?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INGAT tak yang sebelum ini kecoh-kecoh industri seni dengan isu ada artis mengamal gaya hidup hubungan suami isteri dalam terma swinger?

Jangan tanya apa itu swinger pula dengan Cik Bunga. Masing-masing boleh google sendiri sahaja, semua di hujung jari bukan?

Sebelum ini ada satu nama yang muncul dan artis itu sudah menafikan yang dia itu pengamal ‘swinger’.

Tiba-tiba Cik Bunga dapat tahu ada satu nama artis wanita ini yang kini disebut-sebut melakukan hal yang sama.

Tentunya dia sudah berkahwin dan ada anak juga. Tak sangka pula Cik Bunga dia begitu sebab nampak pada gaya sopan santun saja orangnya.

Tetapi, apabila ada yang menyampaikan tentang hal ini, Cik Bunga mahu ceritakan panjang-panjang di sini pun terasa aib.

Dia pula memang sasarkan lelaki-lelaki muda. Pada masa sama, Cik Bunga pun ada senarai nama pelakon muda yang kononnya sudah ‘bersama’ dengan pelakon ini.

Bukan untuk tujuan bercinta pun. Orang kata, buat ‘raso-raso’. Eh! Geli pula Cik Bunga hendak ceritakan.

Tapi itulah, dia fikir orang tidak tahu dia begitu dan cerita ini tersorok. Orang ada mulut, tentunya lambat laun orang akan bercakap.

Lagi satu, sudah boleh kot berubah ke arah lebih baik. Sampai bila nak bergelumang dengan maksiat? Bak kata Che mat aka Kamarool Yusoff, “Dunia dah nak kiamat dah”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya