KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) masih menunggu laporan terperinci berhubung insiden kebakaran melibatkan blok asrama pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (Sahut), Kuala Berang, Hulu Terengganu, Ahad lalu. Pengarahnya, Jelani Sulong berkata, laporan tersebut penting untuk langkah pencegahan bagi mengelak insiden sama berulang lagi pada masa akan datang. “Semua aspek akan diteliti secara terperinci dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). “Pemeriksaan pendawaian di setiap sekolah memang dibuat mengikut jadual secara berkala dan kita masih menunggu laporan terperinci punca sebenar insiden tersebut,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya