KUALA LUMPUR: Pagi tadi berlangsungnya istiadat gilang-gemilang pertukaran pengawal Istana Negara. Istiadat tersebut menarik orang awam dan pelancong luar negara untuk merakam momen menarik yang berlangsung 40 minit. Upacara tersebut dimulakan dengan istiadat perbarisan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang dipertontonkan kepada orang awam sejak 1994. Sehingga hari ini, upacara tersebut terus diwarisi oleh RAMD yang menjadi simbolik pertukaran pengawal baharu dan pengawal lama di Istana Negara. Pegawai Memerintah RAMD, Kolonel Awis Ibrahim berkata, upacara yang dijadualkan berlangsung empat kali setahun ini membawa keunikan yang berbeza kerana turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya