Irma Hasmie, Redza cerai enam bulan lalu - Utusan Malaysia

Irma Hasmie, Redza cerai enam bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Teka teki status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer terjawab apabila rakan baik aktres itu mengesahkan mereka sudah bercerai enam bulan lalu.

Menerusi Instagram Story, rakan baik Irma iaitu Reen Emran memuat naik hantaran mengesahkan berita tersebut yang kemudian dikongsikan pengacara serta penceramah motivasi, Amin Idris.

“Bagi menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma serta Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).

“Buat pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas. Dengan persoalan yang sudah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” ujar Reen.

Pada hantaran sama, rakan baik Irma itu memaklumkan, pelakon berusia 42 tahun itu dan dua anak, Redza Syed Irfhan, 11, serta Irma Nur Naylie, 10, berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah dia dan anak-anak okey dan sihat saja.

“Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terima kasih semua,” ujarnya yang turut memaklumkan Irma bakal mengerjakan haji tidak lama lagi.

Menurut sumber, Utusan Malaysia dimaklumkan, bahawa Irma dilihat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sekitar Januari lalu bersama suami, Redza Syah Azmeer.

Namun begitu, Irma juga mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang jawapan mengenai sebab kehadiran mereka di sana.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

Tambah menguatkan dakwaan, bekas suaminya memuat naik gambar perkahwinan dengan seorang wanita baru-baru ini.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya