Ini Sebrian Shah, bukan Hael Husaini - Utusan Malaysia

Ini Sebrian Shah, bukan Hael Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOHONGLAH, kalau tiada seorang di antara kalian yang langsung tidak perasan akan wujudnya persamaan rupa paras penyanyi baharu ini dengan penyanyi dan komposer terkemuka tanah air, Hael Husaini.

Hadir dengan nama pengenalan sebagai Sebrian Shah, penyanyi ini sendiri mengakui tahun-tahun kebelakangan ini pertanyaan yang serupa kerap kali diterimanya.

Tanpa sedikit pun menyimpan rasa tersinggung di hati, Sebrian sedar tidak wajar untuk dia terlalu memberi tumpuan kepada cakapcakap belakang itu lantaran cukup sedar, cuma dengan dua tangan mana mungkin dia dapat menutup mulut semua orang.

Baginya cuma satu, hala tuju memperkenalkan bakat dengan menghadirkan karyakarya bermutu.

Itu lebih utama berbanding sibuk peduli tentang apa yang mahu dikata orang. Apatah lagi, kini dia juga sedang sibuk mempromosikan single terbaharu, Damba, selepas hadir dengan lagu berjudul Maafkan sekitar lapan bulan bulan lalu.

Berpeluang menemu bual penyanyi berdarah kacukan Melayu-Melanau-Cina ini, Pancaindera menggali apa pandangannya berhubung isu persamaan rupa paras dengan Hael Ada cakap-cakap belakang mendakwa wajah dan figura Sebrian ini saling tak tumpah seperti penyanyi Hael Husaini.

Apa yang boleh Sebrian katakan?

Sebenarnya soalan ini kerap diterima sejak beberapa tahun ini. Setiap kali saya muat naik gambar atau video di media sosial, soalan ini sering diasak kepada saya.

Pada mulanya, setiap kali soalan ini keluar, saya tak pun nampak persamaan itu. Tetapi, apabila bertemu sendiri dengan Hael, rasanya adalah sikit-sikit persamaan itu, walaupun tak banyak.

Wajah kami kalau diletakkan bersebelahan dan diperhalusi, sebenarnya ciri wajah kami sangatlah berbeza dan unik dengan kelebihan masing-masing. Namun saya bersyukur kepada Allah, kerana dihadiahkan wajah yang dikatakan serupa Hael Husaini.

Dengar-dengar, sebenarnya Sebrian juga ada membuat pembedahan plastik demi untuk menjadi seperti Hael. Komen?

Ingin saya jelaskan, terus-terang, saya tidak pernah sama sekali buat pembedahan plastik. Wajah saya ini sama saja seperti dulu, seratus peratus diwarisi daripada ibu dan bapa saya yang berdarah campur.

Adik perempuan saya juga berwajah seperti saya. Tiada motif untuk saya mengambil identiti orang lain.

Tapi saya tidak sangkal yang saya sangat kerap melakukan perawatan muka (facial treatment) dari masa ke semasa di klinik estatik.

Tak bimbangkah jika isu seperti ini berlarutan dan menjadi modal bualan orang tanpa henti? Maklum sajalah warganet pun mulut boleh tahan kalau nak mengecam itu.

Ini bukan kali pertama soalan ini diajukan. Pada awalnya memang saya agak kurang selesa kerana seolah-olah saya tiada identiti sendiri.

Tapi lama kelamaan saya rasa lucu bila soalan ini diajukan. Sekarang, saya juga terima dengan hati yang terbuka jika saya masih akan disamakan dengan seorang penyanyi yang sangat berbakat.

Apa sasaran Sebrian hadir dalam industri seni ini? Adakah semata nak kejar glamor atau betul-betul nak jual bakat?

Kehadiran saya ke dalam industri sebenarnya lebih kepada hasrat untuk berkongsi bakat kurniaan Allah, populariti boleh datang kemudian.

Bagi saya muzik sama seperti ubat untuk menyembuhkan kesedihan, peneman ketika keseorangan atau pemangkin kegembiraan. Sasaran saya hampir tidak terucap dengan perkataan, biarlah saya terus berusaha dan serahkan semuanya kepada Tuhan.

Perjalanan Sebrian masih jauh, rasanya susah tak untuk awak melangkah sebagai anak seni sebab sekarang pun ramai sahaja bakat baharu tumbuh bagai cendawan. Komen?

Saya yakin dengan bakat yang Allah pinjamkan ini. Saya juga sudah hampir menamatkan pengajian saya dalam bidang perniagaan.

Saya percaya Tuhan sudah aturkan cantik-cantik kenapa kerjaya mula berkembang di hujung pengajian. Segala ilmu yang saya telah pelajari di universiti akan saya praktikkan di masa hadapan.

Saya juga sedang giat mempelajari cara penghasilan lagu dan akan terus memperbaiki vokal agar pada masa akan datang, saya akan terus maju tanpa pernah jumpa titik noktahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya