Malim duduk menekuni beberapa naskhah majalah ekopelancongan. Pada masa sama, minda Malim tertumpu kepada satu kesimpulan. Secara sedar atau tidak, Malim sudah merasakan kini semua orang sudah berada dalam lingkungan pengaruh penggunaan peranti secara meluas, yakni merentas darjat, usia, masa dan situasi. Malim sedar sangat tentang fenomena kebanjiran peranti yang melanda dunia ketika ini, tidak terkecuali seputar kehidupannya, yang sudah berlangsung sekian lama. Di sudut kamar yang menempatkan meja kecil dengan komputer meja dan pencetak mini, Malim terus-terusan menyelak majalah ekopelancongan itu. Ada yang ditatapnya agak lama, sementara kebanyakan helaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya