KUALA LUMPUR : International Global Network (IGN) akan mengadakan persidangan antarabangsa Model United Nations (MUN) sepanjang tahun 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif IGN, Muhammad Fahrizal berkata, persidangan antarabangsa ini memberi peluang kepada anak muda dari seluruh dunia untuk mengembangkan kemampuan dan bakat serta mendapat maklumat terkini di peringkat global.
Selain itu, menurutnya, persidangan ini juga mampu menjalin hubungan diantara peserta yang datang dari seluruh dunia.
“Sidang antarabangsa ini membuka gerbang pengetahuan secara global bagi para pemuda dari seluruh penjuru dunia untuk menyelami pengalaman belajar yang tak terlupakan.
“Ini bertujuan untuk mempersiapkan bekal menghadapi masa depan yang penuh cabaran apalagi saat ini dunia industri dan pendidikan memiliki jarak yang cukup lebar untuk boleh berjalan selaras yang mana hal ini berkait rapat dengan prinsip-prinsip Kurikulum Merdeka.
Menurut Fahrizal, persidangan MUN IGN 2024 ini akan membentangkan empat agenda iaitu Asia World Model United Nations VIII di Bali,Indonesia pada 12-15 Julai 2024, Asia Youth International Model United Nations 14th di Kuala Lumpur, Malaysia (2-5 Ogos 2024), Asia World Model United Nations IX di Seoul,KoreaSelatan (10-13 Oktober 2024) dan AsiaYouthInternationalModelUnitedNations15th di Bangkok,Thailand (1-4 November 2024).
Jelasnya lagi, untuk permulaan program ini akan mengasah bakat para peserta seperti bagaimana cara berfikir secara kritis, teknik berucap di khalayak umum dan kerja secara berkumpulan.
“Nilai-nilai ini selaras dengan fokus Kurikulum Merdeka pada pengembangan kemahiran dan karektor.
“Lebih dari sekadar debat, MUN menerapkan pembelajaran praktis yang selaras dengan filosofi Kurikulum Merdeka, menekankan pada pendekatan berpusat pada peserta dan mendorong pembelajaran mandiri,”katanya.
Tambahnya, para peserta akan terlibat aktif dalam kegiatan yang dirancang untuk membantu mereka mengembangkan potensi diri secara maksima.
“Keikutsertaan dalam persidangan simulasi sidang PBB diyakini dapat menyediakan para pesertanya dengan keterampilan dan pengalaman yang sangat dicari oleh sekolah atau universiti untuk melanjutkan pendidikan dan kerjaya di syarikat atau organisasi ternama di seluruh dunia,”katanya.
Kongsinya lagi, tokoh-tokoh yang telah menjadi panel dalam persidangan tersebut ialah Lebogang Seshoka, Sekretaris Pertama (Politik) yang merupakan Kedutaan Besar Afrika Selatan di Thailand, Adam Adli Abd Halim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia), H.E. David Malcomson (Duta Besar Afrika Selatan di Malaysia) dan H.E. Takahashi Katsuhiko (Duta Besar Jepun di Malaysia).
Selain itu, alumni MUN IGN termasuk tokoh-tokoh berpengaruh seperti Jerome dan Gita Savitri Devi juga pernah menjadi peserta dalam persidangan MUN yang diadakan oleh IGN.
Untuk rekod sejak 2016, IGN dengan bangga telah mengadakan sebanyak 61 persidangan antarabangsa dan mempunyai 21 ribu alumni dari 125 Negara.
IGN mengalu alukan anak muda dari seluruh dunia untuk mendaftar ke persidangan MUN ini.