IDS, MASA tandatangani MoU pelbagai bidang penyelidikan

IDS, MASA tandatangani MoU dalam pelbagai bidang penyelidikan

Dr. Ramzah Dambul (dua dari kanan) dan Azril Mohd. Amin selepas majlis menandatangani MoU antara IDS dan MASA di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi bekerjasama dalam pelbagai bidang penyelidikan, khidmat masyarakat dan perkongsian kepakaran.

Pemeteraian MoU itu adalah susulan daripada kunjungan hormat MASA ke IDS pada 2022 yang membolehkan kedua-dua pihak meneroka bidang-bidang penting penyelidikan secara bersama dalam merangka input dasar dan strategi pembangunan negara.

Terdahulu, MoU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Datuk Dr. Ramzah Dambul dan Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd. Amin.

IDS merupakan sebuah badan pemikir Kerajaan Negeri Sabah dalam menggali idea dan pendapat, serta menganalisis cadangan dasar awam berkenaan isu pembangunan sosioekonomi di Sabah.

MASA pula adalah badan pemikir bebas yang ditubuhkan pada tahun 2019, menggabungkan pakar-pakar dalam kerajaan dan akademik, untuk menjalankan penyelidikan yang relevan dengan pembangunan sosioekonomi negara, berdasarkan nilai-nilai kemakmuran bersama.

Justeru, kerjasama IDS-MASA bakal menyaksikan kedua-dua pihak berganding bahu dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, penganjuran program, persidangan, perkongsian kepakaran dan jaringan komuniti bagi manfaat bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya