KUALA TERENGGANU: Harga sewa premis di Pasar Kedai Payang 1 dan Pasar Kedai Payang 2 di sini dijangka dinaikkan sehingga RM50 setiap unit bermula Januari tahun depan. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Rosli Latif berkata, ketika ini kadar sewa antara RM30 hingga RM330 sebulan. Menurutnya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terpaksa menaikkan kadar sewa itu memandangkan kali terakhir semakan dibuat ialah pada 1997, iaitu 27 tahun lalu. “Keputusan ini terpaksa dibuat kerana kita mahu menampung kos penyelenggaraan yang semakin tinggi kerana kadar sewa sekarang rendah dan tidak seiring peningkatan kos…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya