PADANG TERAP: Berkat kreativiti, pengorbanan dan keazaman guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Nami di sini, murid sekolah pedalaman tersebut berpeluang merasai keseronokan bermain boling setiap kali waktu rehat. Dengan menggunakan bola dan pin sebenar yang disumbangkan oleh sebuah pusat boling di Alor Setar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Nami, Wan Roslan Wan Ishak berganding bahu bersama beberapa guru lain membina lorong boling untuk kegunaan murid di situ. Tidak cukup itu, Wan Roslan, 48, yang lebih mesra disapa Ustaz Wan turut membina laluan khas menggunakan paip polivinil klorida (PVC) yang diisi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya