PETALING JAYA: Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu, Sabah dijangka akan terjejas sehingga Ahad ini susulan letusan berketinggi mencapai 20 kilometer yang berlaku di Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia semalam. Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, gunung berketinggi 725 meter dari paras laut tersebut meletus semula awal pagi semalam. “Susulan itu, MET Malaysia mengeluarkan Amaran Cuaca Penerbangan (SIGMET) kepada operator penerbangan berikutan debu gunung berapi tersebut dijangka memasuki ruang udara Malaysia. “Keadaan tersebut boleh mengganggu operasi penerbangan di dalam Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu,” katanya dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya