KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menutup pintu kerjasama dengan parti lain yang berpangkalan di Semenanjung bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Ketua Penerangannya, Datuk Joniston Bangkuai berkata, gabungan parti tempatan itu cukup serasi dengan Pakatan Harapan (PH) dalam mentadbir Sabah, maka tiada sebab untuk menjalin kerjasama dengan parti lain yang berpangkalan di Semenanjung. “GRS melihat hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk bekerjasama sebagai tanda keyakinan kedua-dua parti itu terhadap keikhlasan dan kesungguhan GRS sebagai peneraju kerajaan Sabah. “Namun, sebagai gabungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya