Glamor bukan tercipta satu malam saja - Utusan Malaysia

Glamor bukan tercipta satu malam saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAAF cakap, Cik Bunga pun memang tak kenal sangat dengan pelakon yang namanya Erynn Abdullah.

Tetapi apabila diselidik dengan rakan-rakan lain, rupanya Erynna ini pendatang baharu dalam industri seni. Orangnya cantik dan tinggi lampai juga. Memang boleh pergi jauh jika betul pada caranya dan pandai membawa diri.

Cuma itulah, ada perkara yang tak berapa sedap hinggap pula di telinga Cik Bunga mengenai Erynn ini. Hendak dijadikan cerita, baru-baru ini ada satu acara hiburan yang menyaksikan Erynn terlibat sama. Kalau tak silap, dia pun terlibat sebagai pelakon.

Mungkin kesalahan ini bukan pada Erynn. Tetapi Cik Bunga hendak tegur pengurusannya. Baru-baru ini ada rakan media mengadu pada Cik Bunga, ditegur oleh pengurus pelakon ini menerusi hantaran e-mel hanya kerana tidak letak nama Erynn dalam artikel yang ditulis.

Hendak beri maklumat dan beritahu yang Erynn itu pun berlakon sama dalam filem itu boleh. Tak ada masalah sebab mungkin dia pun terlupa letak. Namun, pengurusnya itu hingga menyebut pengamal media ini sebagai tak beretika. Dia faham atau tidak tentang apa itu etika?

Lagi pula, Cik Bunga difahamkan, kesilapan itu kerana artikel tersebut ditulis berlandaskan siaran akhbar yang diberi. Jadi, kenapa awak tak salahkan pegawai seranta yang bertugas?

Lagi satu, apabila awak buat begitu, ia memberi kesan kepada nama pelakon itu sendiri. Sah-sahlah orang akan cakap berangannya pelakon ini? Sudah terlalu baguskah sampai cakap orang lain tak ada etika?

Cik Bunga rasa, entah-entah, Erynn itu pun tak tahu pasal isu ini. Itu sebab Cik Bunga kata, glamor ini bukan dicipta dalam satu malam. Satu malam nama tidak digembar-gemburkan di media massa, tak bermakna awak tak boleh popular.

Kalau betul hendak orang bercakap pasal artis awak, tunjukkan yang artis awak itu boleh berlakon dan berbakat hingga orang boleh sebut dia sebagai pelapis primadona tanah air.

Kalau belum, awak pun tahu masih jauh perjalanan dan liku-liku yang harus dilalui sebagai seorang anak seni. Jangan kerana pengurus yang buat hal, artis pula yang jadi mangsa. Tak patutlah begitu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya