PETALING JAYA: Dua ahli pengurusan Selangor FC membuat laporan polis kerana khuatir kemungkinan menjadi sasaran susulan insiden menimpa pemain bintang pasukan itu, Faisal Halim. Difahamkan, laporan itu dibuat selepas mereka menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. “Ada terima, laporan dibuat di Shah Alam untuk keselamatan diri saja,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Terdahulu media melaporkan, Faisal Halim diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami kecederaan akibat disimbah asid.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya