KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mengemukakan maklumat palsu ketika mendaftarkan sijil kelahiran anak angkatnya, 17 tahun lalu. Majistret Illi Marisqa Khalizan memutuskan demikian selepas Lee Swee Theng, 59, mengaku bersalah atas pertuduhan itu. Dia akan dipenjarakan selama tiga bulan jika gagal membayarnya. Mengikut pertuduhan, Swee Theng didakwa dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu dengan mengisi ruangan pertalian sebagai bapa bagi pendaftaran kelahiran anak angkat lelakinya di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kuala Lumpur sekitar jam 11.36 pagi pada 26 Disember 2007. Dia didakwa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya