Dari pusat hiburan dan kedai kopi kepada pentas festival - Utusan Malaysia

Dari pusat hiburan dan kedai kopi kepada pentas festival

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNIA muzik serantau menyaksikan lambakan band independent yang bukan sahaja berjaya mencipta nama di negara masingmasing, malah seluruh Asia Tenggara.

Kalau di Malaysia tertubuhnya Kugiran Masdo dan Insomniack, di Filipina pula munculnya Ben & Ben.

Dianggotai sembilan ahli, kumpulan ini muncul sebagai antara band berpengaruh dengan 1.7 juta pengikut di TikTok dan 850,000 di Instagram.

Dalam kesempatan bertemu kesembilan-sembilan ahli kumpulan ini, saya bertanyakan tentang titik permulaan Ben&Ben ditubuhkan. Kongsi Miguel selaku vokal utama, perjalanan mereka bertitik tolak lapan tahun dahulu yang muncul persaingan ekoran lambakan band yang lebih dahulu mencipta nama.

“Pentas muzik independent Manila, Filipina pada tahun 2017 disemarakkan dengan kewujudan band-band tempatan yang dianggotai pelajar kolej. Kami antara mereka yang terpaksa ‘merangkak’ mencari tempat.

“Seperti band lain, kami bermula dengan membuat persembahan di pusat hiburan dan kedai kopi. Pentas kami waktu itu tidak gah.

“Dari situ kami mencari peluang, bermula di pusat hiburan dan kedai kopi sehinggalah di sekolah-sekolah dan universiti dan hari ini pentas lebih besar di negara orang,” katanya yang ditemui pada sidang media Banyak Bagus Festival baru-baru ini.

Sambung Miguel, setiap anggota Ben&Ben mempunyai keunikan dan citarasa muzik berlainan.

“Sebelum kumpulan ini ditubuhkan, setiap daripada kami mempunyai perjalanan muzik masing-masing. Ada yang menganggotai kumpulan independent yang lain, dan juga yang bergerak solo.

“Disebabkan itu karakter dan citarasa muzik setiap daripada kami berbeza. “Ia adalah satu kelebihan yang menjadikan band ini lebih ‘berwarna’ dari segi muzik dan karya yang kami hasilkan,” tambahnya.

PERBEZAAN PANDANGAN

Bukan mudah bagi sebuah band yang dianggotai ramai pemuzik berbakat untuk bergerak bersama disebabkan perbezaan pandangan dan cita rasa muzik setiap ahli. Namun Ben&Ben membuktikan anggota yang ramai bukan kekangan, malah satu kelebihan.

“Kami selalu bertelagah, tetapi terhad kepada proses berkarya dan menghasilkan lagu. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sahabat.

“Matlamat menyatukan kami. Dalam bekerja, ego kami ketepikan. Tumpuan kami adalah untuk menghasilkan karya yang terbaik dan penuhi tuntutan lagu.

“Bahkan pada kami, berada dalam satu band dengan ahli yang ramai adalah satu keunikan. Kalau pun bergaduh, ia tidak bersifat peribadi, hanya terhad pada konteks bekerja sahaja,” kata Poch.

YUNA

Nama penyanyi ini yang disebut ahli Ben&Ben apabila dilayangkan soalan tentang artis Malaysia yang mereka idamkan untuk bekerjasama. Yuna di mata setiap mereka versatil dan memberi inspirasi.

Kami berpeluang bertemu Yuna pada sebuah festival muzik di London tidak lama dahulu. Itu adalah momen yang tidak disangka-sangka, lidah kami bertukar kelu tak tahu nak berkata apa kepadanya.

“Malangnya pertemuan kami dengan Yuna berlangsung singkat. Kami berharap dapat diberi peluang lagi untuk bertukar pandangan dan berbincang tentang kolaborasi dengannya.

“Yuna antara penyanyi Malaysia yang kami ikuti perjalanan muziknya sebelum Ben&Ben ditubuhkan lagi. Dia popular dan memberi kami inspirasi,” kongsi Paolo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya