Contohilah Amir Ahnaff - Utusan Malaysia

Contohilah Amir Ahnaff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA kali berpeluang menemu bual pelakon yang semakin meningkat ini, harus Cik Bunga akui, Amir Ahnaff mempunyai sisi berbeza berbanding segelintir pelakon muda lain yang pernah ditemui.

Menerusi penelitian Cik Bunga, secara peribadi, Amir layak menerima pujian dan hal yang sama dibuat oleh rata-rata warganet yang tekun mengikuti isu kontroversi skandal yang popular diperkatakan kini.

Tak payahlah kita sebut latar belakang isu apa sebab rasanya, semua tahu, bahkan semua sudah mual dengan cerita sama yang berlarutan berhari-hari. Betul tak?

Tetapi, dalam kekusutan dan rumitnya kisah aib yang keluar, warganet dan pemerhati industri melihat antara artis yang namanya dipetik dalam cerita tersebut iaitu Amir, adalah individu yang sangat tenang dan profesional ketika menjawab soalan rakan-rakan wartawan.

Tidak nampak ‘plastik’, Amir begitu tenang menjawab segala soalan yang berkaitan meskipun sedar isu itu sedang hangat diperkatakan orang.
Ada setengah artis, kalau isu sedang panas, kononnya memilih untuk berdiam diri, tak nak cakap apa-apa.

Tetapi selepas itu, orang tahu juga apa cerita sebenar di belakang. Justeru, bagi Cik Bunga, kalau pun Amir ada menyimpan rahsia sendiri dan jika ada pihak tahu sekali pun, kita percaya, Amir bukan artis jenis mahu lari daripada masalah.

Orang kata, pandai buat, pandai tanggunglah bukan? Maka untuk itu, Cik Bunga puji sikap Amir yang tidak gelabah bila menjawab soalan panas.

Sekali gus menunjukkan Amir seorang selebriti yang mudah memberikan kerjasama. Bukan macam segelintir artis muda lain? Berangan tak sudah-sudah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya