KUALA TERENGGANU: Gabungan semangat dan kreativiti Cef Rizal Md. Dali, 43, membolehkan coklat ‘Sweet Memories’ yang dihasilkannya terpilih sebagai pemenang pingat emas dalam World Chefs Championship 2024 di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Bapa kepada tiga anak itu berkata, tema itu dipilih kerana mahu mengembalikan semula kenangan zaman dahulu yang cukup berharga untuk dikenang generasi muda pada masa sekarang. Menurutnya, penghasilan coklat seberat 20 kilogram itu mengambil masa seminggu untuk disiapkan secara solo di Hotel Paya Bunga di sini untuk dibawa ke pertandingan tersebut. Katanya, penghasilan ‘Sweet Memories’ menggunakan sepenuhnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya