Sebaik sahaja selesai menyalakan 12 batang colok, sempena sembahyang kepada leluhur sebelah suaminya, Win Nee mencapai beg tangan lantas keluar dari rumah itu. Dia terasa ingin sekali hendak meraung dan serentak itu air matanya gugur berderaian. Dia sangat terkilan apabila dimarahi oleh ibu mentua di hadapan adik iparnya. Seolah-olah dirinya seorang yang tidak berguna. Sedangkan adik iparnya itu jarang-jarang sekali memunculkan diri di rumah orang tua itu walaupun rumahnya berada dalam daerah yang sama. Selama ini Win Nee lah yang menghadirkan diri membantu apa-apa yang patut seandainya rumah itu mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya