SEOUL: Pelakon Byeon Woo-seok, mengaku dirinya sukar untuk meninggalkan karakter Ryu Seon-jae yang dilakonkannya menerusi drama Lovely Runner. Katanya, dia terlalu menyukai dan belum sedia untuk berpisah dengan karakter berkenaan. “Saya sangat mencintai karakter Seon-jae. Rasa seperti mimpi saya sudah berakhir. “Saya belum bersedia untuk berpisah dengan karakter itu,” katanya. Byeon mencuri tumpuan selepas episod akhir drama genre komedi romantik itu mencatat rating tertinggi sepanjang bersiaran pada Selasa lalu. Bercerita lanjut, Byeon mengakui babak konsert adalah bahagian paling mencabar dalam berkenaan. “Dalam babak itu, saya perlu menjadi seorang bintang K-pop…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya