KEMAMAN: Seorang buruh warga Indonesia yang kudung kaki kiri, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan menikam seorang pengawal keselamatan, bulan lalu. Tertuduh, I Gede Purna Wijaya, 23, yang terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda ke mahkamah, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin. Mengikut pertuduhan, tertuduh pada pukul 12.30 tengah malam pada 20 April lalu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Akmal Danial Mohd Zaid, 22, dengan menikam pada bahagian pinggul sebelah kiri mangsa menggunakan sebelah pisau. Kesalahan itu dilakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya