DUNGUN: Selepas dua ekor buaya muncul di Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus dan Pantai Kekabu, Marang, minggu lalu, seekor lagi buaya dikesan berenang berhampiran benteng pemecah ombak berhampiran muara Kuala Paka, semalam. Video kelibat reptilia itu dirakam seorang individu yang kebetulan berada berhampiran benteng pemecah ombak tersebut, menggemparkan orang ramai terutamanya penduduk yang tinggal berhampiran Pantai Paka. Video berdurasi 16 saat itu turut menunjukkan ‘sang bedal’ tersebut sedang berenang ke arah laut. Salah seorang pemancing, Ahmad Nazri Zakaria, 45, berkata, penemuan buaya itu adalah kali pertama dan membimbangkan pemancing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya