Bella Astillah ‘gantung sepi’ permohonan maaf Ruhainies - Utusan Malaysia

Bella Astillah ‘gantung sepi’ permohonan maaf Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya minta maaf, sebab sekarang ini saya hendak fokus kepada perbicaraan di mahkamah.”

Demikian jawapan, Bella Astillah apabila ditanya berhubung permohonan maaf secara terbuka yang dilakukan aktres, Ruhainies baru-baru ini.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia tidak mahu memberi sebarang komen lanjut berhubung kontroversi membabitkan mereka sebelum ini.

Jelas Bella, fokusnya ketika adalah perbicaraan di mahkamah termasuk kerjaya seninya.

“Keadaan saya sekarang. Alhamdulillah okay. Jadi, saya minta doakan yang baik-baik,” katanya.

Pelakon itu ditemui pada majlis hari saya pengeluar motorsikal eletrik, GGR Kampung Sungai Penchala di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya status hubungan dengan wanita yang mendakwa dirinya kekasih kepada suaminya, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine, ibu kepada dua anak itu mengunci mulut.

“Saya ketika ini hanya fokus kepada kerja sahaja. Tak tahu ada apa-apa ‘update’ (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram).

“Jadi, saya tak ada komen mengenai itu,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella melalui perkongsian dibuat dalam Instagram Story (IGs).

Pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu turut berharap dapat bersemuka dengan Bella bagi memperbetulkan keadaan.

Bella sementara itu turut menafikan dirinya menerima perintah mahkamah yang menuntutnya untuk mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

“Saya tak ada dapat (perintah mahkamah), tapi bergantung kepada nasihat daripada peguam.

“Sekarang ini saya fokus kepada kerjaya dan selebihnya akan dibawa ke mahkamah kerana itu yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini, Sarah mendakwa dirinya adalah kekasih Aliff, sekali gus membuka episod baharu kecurangan pelakon kelahiran Singapura itu.

Menerusi pendedahan dimuat naik dalam IG, wanita dipercayai kelahiran Singapura itu juga turut mendakwa Aliff dipergunakan oleh Ruhainies.

Rentetan itu, pelbagai pendedahan lain dibuat Sarah di IGs yang turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain seperti Caprice, Emma Maembong dan Chacha Maembong.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya