Bekas murid, guru berkumpul sempena hari terbuka 50 tahun SK Padang Kota - Utusan Malaysia

Bekas murid, guru berkumpul sempena hari terbuka 50 tahun SK Padang Kota

MUZIE AZIRAH Mat Salim (empat dari kanan) bergambar bersama pada sambutan hari terbuka bersempena 50 tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kota di Kampung Nesam, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Lebih 3,000 bekas murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kota berkumpul pada sambutan hari terbuka sempena 50 tahun sekolah itu di Kampung Nesam di sini hari ini.

Majlis berkenaan yang berlangsung cukup meriah menjadi medan pertemuan semula bekas-bekas murid dan guru sama ada yang menetap di Perlis atau luar negeri ini.

Sambutan berkenaan adalah hasil cetusan idea Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut seterusnya berjaya direalisasikan penganjurannya yang cukup ikonik bagi sekolah yang terletak di pinggir bandar itu.

Selain sebagai medan pertemuan bagi mengeratkan silatulrahim, pelbagai aktiviti menarik, pameran dan gerai jualan turut memeriahkan sambutan julung kali diadakan itu.

Guru Besar SK Padang Kota, Muzie Azirah Mat Salim berkata, hari terbuka sempena 50 tahun sekolah tersebut berjaya mengumpulkan semula bekas guru dan murid sekolah tersebut.

Katanya, antara pengisian program berkenaan seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, gerai jualan, sukan rakyat, pertandingan mewarna, kuiz, persembahan canggung serta pelbagai lagi aktiviti menarik lain.

“Yang Dipertua PIBG yang juga merupakan bekas murid sekolah ini yang mencetuskan idea untuk diadakan hari terbuka bersempena 50 tahun SK Padang Kota dan dengan kerjasama semua pihak akhirnya ia berjaya direalisasikan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kebanyakkan bekas murid sekolah berkenaan terdiri daripada penduduk sekitar kampung ini malah ada juga yang menetap di luar negeri ini.

BEKAS-bekas guru turut hadir memeriahkan sambutan hari terbuka bersempena 50 tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kota di Kampung Nesam, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB

“Malah, yang dari luar negeri ini juga meluangkan masa untuk bersama hadir memeriahkan program tersebut yang cukup bermakna bagi mengumpulkan semula bekas murid dan guru sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, seorang bekas murid, Normarliana Yusri,31, berkata, program tersebut cukup bermakna dan memberi peluang kepadanya berjumpa semula bekas guru dan rakan-rakan.

“Selain boleh mengeratkan hubungan silaturahim, program berkenaan juga menyajikan pelbagai aktiviti menarik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya