PETALING JAYA: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat di Taman Tenaga, Jalan Puchong, Bandar Kinrara dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, anggota polis berpangkat lans koperal berusia 29 tahun itu maut akibat terjatuh daripada motosikal Yamaha Y15ZR ditungganginya. “Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pukul 4.20 pagi apabila mangsa dari rumah saudaranya di Puchong menghala Jalan Klang Lama, lalu datang MPV berkenaan memasuki simpang secara tiba-tiba. “Mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya