KUALA TERENGGANU: Dua lelaki disyaki terlibat dengan kes samun membabitkan pemain Harimau Malaya, Akhyar Rashid, di hadapan sebuah kondominium di bandar raya ini, kira-kira 8.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati suspek turut menggunakan besi boleh laras sebagai senjata untuk mencederakan Akhyar. Menurut beliau, kejadian berlaku ketika pemain Terengganu FC (TFC) keluar dari kenderaan di parkir kondominium tersebut ketika pulang dari latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ujarnya, mangsa ternampak dua lelaki lain keluar dari sebuah kenderaan, berpakaian ‘hoodie’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya