PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) akan membatalkan serta-merta lesen agensi pelancongan yang terlibat dengan sebarang penipuan atau penyalahgunaan visa pelancong dan umrah bagi tujuan ibadah haji. Menterinya, Tiong King Sing berkata, Ketua Setiausaha Roslan Abdul Rahman diarah menyiasat insiden bakal haji yang terkandas di Mekah kerana terpedaya dengan pakej umrah agensi pelancongan tidak bertanggungjawab. “Tidak kira berita palsu atau sahih, kalau ada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan ini, lesen pelancongan mereka akan dibatalkan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan. Jelasnya, pihak Tourism Malaysia juga bercadang untuk menyiasat perkara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya