KUANTAN: Negara didakwa gagal menjana pendapatan RM10 bilion setahun apabila dianggarkan kira-kira tujuh juta tan sisa tandan kelapa sawit kosong yang dihasilkan daripada aktiviti perladangan dibuang dan dibiarkan mereput di ladang-ladang. Dianggarkan daripada tujuh juta tan tandan sawit kosong itu sekiranya diproses, ia dapat memperoleh 30 peratus sabut bersih bersamaan kira-kira dua juta tan. Anggaran pendapatan dua juta tan sabut bersih itu kira-kira RM4 bilion setahun berdasarkan harga pasaran semasa antara RM1,500 hingga RM2,000 satu tan. Sekiranya diproses menjadi kertas, cawan dan pembungkus makanan yang mesra alam, lebih RM6 bilion…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya