PUTRAJAYA: Lima bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berniat membunuh Pegawai Kadet Laut universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain manakala seorang lagi bersubahat melakukannya berdasarkan kecederaan teruk pada sebahagian besar badan mangsa. Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai berhujah di Mahkamah Rayuan hari ini, terdapat 90 kesan tekapan seterika wap pada 80 peratus bahagian badannya kecuali muka dan belakang tapak tangan manakala 29 kesan lecuran paling serius (darjah ketiga) turut dikesan pada tubuh Zulfarhan. Hujah beliau, keterangan saksi pendakwaan ke-24 (SP24,) Ahmad Senabil Mohamad menyatakan, tubuh mangsa ditekap secara bergilir-gilir atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya