1,000 pelumba cilik sertai Pushbike International 2024 - Utusan Malaysia

1,000 pelumba cilik sertai Pushbike International 2024

KUALA LUMPUR, 4 MEI 2024 - Aksi perlumbaan sebahagian kanak-kanak dari pelbagai negara yang menyertai perlumbaan Kejohanan Antarabangsa M8 Malaysia ‘Pushbike’ yang diadakan di Talent Champs Sport Complex, Taman Eko Langat, Kajang di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - HAKIMI ( UTUSAN ) / RIDUAN ( KOSMO )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penganjuran M8 Malaysia Pushbike International Championship 2024 mendapat sambutan luar biasa apabila disertai hampir 1,000 peserta dalam dan luar negara.

Jurucakap M8 Malaysia Pushbike International Championship 2024, Ahmad Taqiyudin Ahmad Zaki berkata, acara tahunan anjuran The M8 Cycling Club itu berlangsung selama dua hari bermula semalam di Taman Eko Langat di Kajang.

Katanya, sebanyak 10 kategori dianjurkan kali ini termasuk Super Race yang menjadi tum puan dengan pembabitan peserta dari umur tiga tahun hingga 10 tahun dari pelbagai negara.

“Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan daripada Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, China, Jepun dan Amerika Syarikat (AS), Kejohanan ini edisi ketiga selepas 2022 dan 2023,” katanya.

Menurut Ahmad Taqiyudin, pihaknya percaya perlumbaan push bike mampu memberikan pilihan terbaik kepada golongan ibu bapa untuk menentukan hala tuju anak mereka sebelum memilih karier sukan yang diminati di masa akan datang.

“Ada juga peserta dari push bike ini kemudian menyertai BMX. Untuk ke arah berbasikal lebuh raya juga, kita sedang ke arah itu,” kata.

Katanya, pihaknya bakal mengadakan kolaborasi bersama sukan pemotoran dua roda negara kendalian bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya