MELAKA: Segala keputusan membabitkan lencongkan jalan bagi pelaksanaan zon bebas kenderaan di Banda Hilir di sini telah dibawa dalam mesyuarat terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, inisiatif tersebut tidak dilakukan secara semberono, sebaliknya pelbagai aspek diteliti bagi memudahkan akses pengunjung ke kawasan tumpuan pelancong. Kata beliau, pada masa sama pengurangan kenderaan di sekitar Bangunan Merah juga dapat menyelamatkan monumen bersejarah itu daripada kerosakan. “Keputusan (lencongan jalan) itu telah dibincangkan dalam mesyuarat untuk mempermudahkan laluan pengunjung ke Bandaraya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya