Yadim Terengganu sumbang 150 bakul makanan Madani - Utusan Malaysia

Yadim Terengganu sumbang 150 bakul makanan Madani

NASRUL Hadi Saiadin (empat dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada pengamal media yang menerima sumbangan bakul makanan Madani di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Terengganu menyampaikan sumbangan kira-kira 150 bakul makanan Madani kepada golongan memerlukan pada Ramadan tahun ini.

Pengarahnya, Nasrul Hadi Saiadin berkata, antara penerima manfaat program tersebut ialah ibu tunggal, golongan asnaf dan berpendapatan rendah.

Menurutnya, pengagihan bakul Madani itu bertujuan meringankan beban kewangan penerima dalam membuat persiapan menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Hari ini, kita serahkan bakul makanan Madani kepada lima pengamal media yang sedang diuji kesusahan hidup agar mereka dapat menyambut 1 Syawal dengan lebih ceria.

“Yadim Terengganu bersimpati dengan ujian yang mereka hadapi dan pemberian bakul makanan Madani ini adalah tanda terima kasih kami atas kerjasama baik dan jalinan yang erat selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lima pengamal media di Kampung Bukit Depu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Yadim Terengganu telah memperuntukkan lebih RM20,000 untuk mengadakan lebih 50 aktiviti sepanjang Ramadan kali ini.

Katanya, ia merangkumi program dakwah ilmu dan pengagihan bakul makanan Madani.

“Kepesatan teknologi menyebabkan berlaku ledakan maklumat dengan kemudahan di hujung jari, namun kami tetap memerlukan khidmat pengamal media melalui siaran berita yang tepat dan pantas,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN