Winnie The Pooh: Blood and Honey 2 lulus LPF, diklasifikasi 18 - Utusan Malaysia

Winnie The Pooh: Blood and Honey 2 lulus LPF, diklasifikasi 18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Filem seram, Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 berjaya menerima kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dengan klasifikasi 18 tanpa sebarang pemotongan babak.

Pengedarnya, Mega Film Distribution berkata, filem tersebut juga akan ditayangkan terlebih dahulu di Malaysia pada Rabu depan berbanding negara jiran, Singapura dan Thailand di 90 pawagam seluruh negara.

“Kami telah berusaha untuk memastikan filem bergenre seram itu berjaya ditayangkan di Malaysia. Peminat filem tersebut teruja kerana dapat menikmati versi asal tanpa sebarang pemotongan babak.

“Kami ingin mengingatkan agar penonton yang berada dalam kategori wanita mengandung, individu dengan masalah jantung, yang mudah terganggu, dan sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan untuk menonton filem ini di atas risiko sendiri.

“Kerana kami jamin, filem ini bakal memberi impak berbesa dengan babak yang dipaparkan pasti panas dan cukup menggerunkan namun sesuai ditonton bagi klasifikasi 18,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sejak siri pertama yang ditayangkan tahun lepas, Winnie the Pooh: Blood and Honey, menjadi topik perbualan hangat akibat pengolahan karakter yang dikatakan merosakkan karakter kegemaran kanak-kanak.

Selain itu, filem tersebut juga telah dibatalkan saat-saat akhir di Hong Kong, dikatakan berpunca daripada tekanan politik dan ini telah menghangatkan lagi topik filem tersebut di atas talian.

Dalam sekuel kali ini, Winnie the Pooh yang kejam, bersama dengan rakan baik Tigger dan Piglet, akan keluar daripada Hundred Acre Wood sekali lagi untuk membalas dendam atas apa yang berlaku dalam filem sebelumnya.

Filem ini turut memberi penghormatan kepada filem seram klasik seperti, It, Scary Stories to Tell in the Dark, The Texas Chainsaw Massacre, Halloween dan Happy Death Day yang pasti memberi lebih suspens dalam kalangan peminat filem seram.

Kongsi Mega Films Distribution, setelah menerima pengumuman mengenai tayangan awal di Malaysia, peminat dan netizen cukup kreatif dengan menghasilkan meme dan parodi berdasarkan watak tersebut.

“Ramai yang memuat naik hasil mereka disulami elemen tempatan yang pasti membuatkan peminat tidak sabar menunggu hari tayangan.

Versi seram Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 akan ‘mengamuk’ di 90 skrin pawagam seluruh negara bermula Rabu depan. Untuk maklumat lanjut berkenaan filem ini, sila ikuti halaman rasmi Facebook rasmi Mega Films Distribution.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya