Wanita disyaki terlibat kes pembunuhan suami direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Wanita disyaki terlibat kes pembunuhan suami direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Wanita warga asing yang ditahan kerana dipercayai terlibat kes kematian suaminya di Tanjung Rambutan di sini kelmarin, direman selama tujuh hari sehingga 16 April ini.

Perintah reman terhadap wanita warga Rohingya berusia 37 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini enam individu telah dipanggil bagi memberi keterangan kes tersebut.

“Setakat ini tangkapan hanya dibuat ke atas isteri mangsa.

“Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menerusi laporan media, mayat seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai dalam sebuah bilik di rumah yang belum siap dibina.

Kes berkenaan pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada tanda-tanda unsur jenayah pada tubuh mangsa dan lokasi kejadian.

Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala disebabkan objek tumpul.

Pemeriksaan juga menemui kesan lebam baharu pada keseluruhan anggota badan mangsa dan kesan cekik pada leher. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN