PUTRAJAYA: “Senario politik telah berubah dan pada hemat saya kita tutup buku lama dan buka buku baharu,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata demikian mengulas kemunculan video-video lama memaparkan calon DAP mengutuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dimainkan semula di platform media sosial. Difahamkan, video-video lama itu dimainkan semula bagi menghangatkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu yang bermula hari ini. Ahmad Zahid berkata, ketika ini senario politik telah berubah dan sudah tiba masanya perkara itu dilupakan. “Kalau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya