BALING: Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi tempat untuk menyimpan senaskah tesis hasil kajian tentang Orang Asli Etnik Kensiu oleh seorang profesor dari Jepun kira-kira 40 tahun lalu. Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd. Foad Sakdan berkata, ia selaras dengan hasrat universiti untuk menjadi pusat rujukan global yang mana Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) akan bertanggungjawab menguruskan naskah tersebut. Katanya, UUM berbangga dipilih untuk menyimpan tesis itu kerana bahan tersebut telah mendapat perhatian pelbagai pihak untuk memperolehinya. “PSB berjaya mendapat persetujuan pihak yang bertanggungjawab untuk memiliki dan mengambil bahan tersebut yang disimpan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya