Ubah suai rumah, Maya Karin tak terima kunjungan tetamu - Utusan Malaysia

Ubah suai rumah, Maya Karin tak terima kunjungan tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Maya Karin, memaklumkan dalam proses melakukan pengubahsuaian kediaman secara besar-besaran yang dijangka selesai selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kata Maya, keadaan itu membuatkan dia itu tidak menerima kunjungan tetamu ke rumahnya  lebaran ini.

“Saya menyambut hari raya tahun ini secara sederhana memandangkan saya sedang melakukan pengubahsuaian rumah secara besar-besaran. Dapur pun tak ada kerana juga baru sahaja dirobohkan.

“Bahagian dalam rumah, selain bilik tidur, semua dipenuhi debu. Yang terlindung hanyalah bilik tidur sahaja. Berjalan pun kena berhati-hati. Memang tak sempat siap sebelum raya,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bercerita mengenai sambutan lebaran tahun ini, selebriti berdarah campuran Jerman, Cina dan India itu akan beraya sendirian di Kuala Lumpur memandangkan ibunya bakal bercuti ke Tunisia, Afrika Utara.

“Kebetulan ibu dan adik saya akan bertolak pada malam hari raya pertama. Mereka mahu bertemu adik lelaki saya di sana.

“Saya tak dapat ikut. Hari raya pertama mungkin saya sempat berjumpa mereka beberapa jam sebelum penerbangan.

“Saya okay sahaja raya sendirian. Lagi pula saya ada saudara mara di Sri Kembangan untuk saya lawati,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Maya bakal muncul menerusi sebuah filem aksi bertajuk The Experts.

Filem yang bakal menemui penonton pada 23 Mei ini itu turut dijayakan Mimi Lana, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Tony Eusoff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN