SYDNEY: Polis Australia sudah mengenal pasti suspek yang menikam enam orang awam menggunakan pisau di pusat beli-belah di Sydney, sebelum ditembak mati, Sabtu lalu.
Dalam kejadian itu, seramai lima wanita dan seorang lelaki terbunuh selepas ditikam oleh Joel Cauchi, 40, menggunakan sebilah pisau panjang di kompleks Westfield Bondi Junction.
Serangan turut menyebabkan beberapa individu lain termasuk bayi berusia sembilan bulan mengalami kecederaan dan berada dalam keadaan kritikal.
Penolong Pesuruhjaya Polis New South Wales, Anthony Cooke berkata, motif serangan berkait rapat dengan masalah kesihatan mental yang dialami oleh suspek.
“Serangan juga tiada kaitan dengan sebarang ideologi atau motif tertentu.
“Pusat beli-belah itu ditutup pada Ahad dan pasukan forensik masih menjalankan tugas di lokasi kejadian,” katanya.
Dalam masa sama, pihaknya masih berusaha mengesan ahli keluarga mangsa kerana dua daripadanya tidak mempunyai keluarga di Australia.
Serangan tersebut turut mendapat reaksi pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon dan Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak yang menzahirkan simpati terhadap kesemua mangsa berkenaan.-BBC