Tiga orang kuat Air Asia jayakan video pendek sempena Hari Raya - Utusan Malaysia

Tiga orang kuat Air Asia jayakan video pendek sempena Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tahun ini menyaksikan begitu banyak syarikat daripada pelbagai latar belakang tampil menghasilkan iklan-iklan raya berbentuk komersial mengikut acuan kreativiti masing-masing.

Seakan berlumba-lumba bersaing menyajikan iklan raya yang menarik, masing-masing bagaimanapun kekal mengutamakan penyampaian mesej yang positif dan yang pastinya dekat dengan masyarakat.

Tampil dengan sasaran yang serupa, tidak ketinggalan berbuat demikian ialah AirAsia Academy yang buat pertama kalinya hadir dengan bingkisan iklan menarik sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menariknya, menerusi iklan berdurasi 3 minit yang disiarkan di platform Instagram AirAsia Academy itu turut menampilkan kemunculan istimewa dua pengasas Airasia, Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun serta Aireen Omar President (Investment & Ventures) Capital A.

Turut terlibat menjayakan video yang sama ialah Penerbit Kandungan Air Asia Academy, Affendy Jailani.

Menyerlahkan bakat lakonan masing-masing, iklan raya tersebut mengisahkan seorang pemuda bernama Fendy yang tidak mahu pulang ke kampung kerana takut akan di soal keluarga kerana masih tidak mendapat pekerjaan tetap.

Berikutan bimbang, Fendy mengambil keputusan untuk menyertai boot camp selama 10 hari di AirAsia Academy bagi mempelajari ilmu analisis data.

Sinopsis jalan penceritaan turut membawa penonton menyaksikan perubahan dalam hidup Fendy di mana selepas tempoh itu, pemuda tersebut berjaya menghabiskan kursus latihannya dan berjaya dan pulang ke kampung dan ditawarkan kerja.

Untuk info, penggambaran iklan raya ini dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan iPhone 13pro Max.

AirAsia Academy menyediakan kokurikulum bertaraf dunia untuk mengajar tenaga kerja yang bukan teknologi mengenai apa yang diperlukan untuk bertahan dalam ekonomi digital selain menggalakkan mereka untuk menjadi inovatif.

Misinya adalah untuk melatih tenaga kerja ASEAN agar bersedia untuk kerjaya masa depan yang sedang dibentuk oleh kesan teknologi digital.

AirAsia Academy menyasarkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan berpatutan untuk semua individu dan menyediakan kemahiran sedia bekerja melalui ratusan kursus dalam permintaan berkualiti tinggi yang disusun oleh pakar industri, universiti terkemuka di peringkat tempatan dan global.

Kandungan di AirAsia Academy akan sentiasa relevan, melihat ke arah masa depan mengenai (jenis) teknologi bagi membantu orang ramai mendapat inspirasi, selain memikirkan cara baharu dan melakukan inovasi.

Untuk menonton iklan raya ini, layari akaun instagram AirAsia Academy.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya