Tiga bazar Ramadan FAMA catat nilai jualan RM1.3 juta - Utusan Malaysia

Tiga bazar Ramadan FAMA catat nilai jualan RM1.3 juta

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke program Sentuhan Kasih Ramadan FAMA-MPK-MAIPs @ Dataran MAIPs, Kangar Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tiga bazar Ramadan di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Perlis berjaya mencatatkan nilai jualan RM1.3 juta dalam tempoh 22 hari sejak dilancarkan pada 13 Mac lalu.

Pengarahnya, Mohd Anzara Azizan berkata, bazar-bazar berkenaan membabitkan 160 usahawan.

Katanya, ia membabitkan bazar Ramadan Dataran MAIPs Kangar, bazar Ramadan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Kampus Pauh Putra dan bazar Ramadan Pasar Tani Kekal (PTK) Simpang Empat.

“Nilai jualan di bazar Ramadan Dataran MAIPs saja mencatatkan nilai jualan RM500,000 yang melibatkan 38 usahawan,” katanya ketika memberi sembah taklimat Program Sentuhan Kasih Ramadan FAMA-MPK-MAIPs @ Dataran MAIPs, semalam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke program berkenaan yang diiringi oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Norazlan Yahaya.

Tambah Mohd Anzara, FAMA juga menganjurkan program Sentuhan Kasih Ramadan bagi mengimarahkan bulan mulia ini dan menggalakkan usahawan menyumbang menerusi aktiviti Khidmat Sosial Korporat (CSR).

Katanya, sehingga kini 300 asnaf dan jemaah dari lima masjid di negeri ini mendapat faedah daripada program ini.

“Dua lagi masjid iaitu Masjid Al Rashid, Kubang Perun dan Masjid Al Ridza, Panggas menerima 50 kit Sentuhan Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyaksikan penyampaian sumbangan Kit Sentuhan Kasih Ramadan kepada Imam Masjid Al Rashid, Kubang Perun, Ahmad Ismail dan Imam Masjid Al Ridza Panggas, Kasim Emat.

Baginda dan anakanda juga berkenan melakukan simbolik mengacau bubur lambuk.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya