Tidak boleh dipandang ringan - Hannah Delisha ajak tingkat kesedaran penyakit mental - Utusan Malaysia

Tidak boleh dipandang ringan – Hannah Delisha ajak tingkat kesedaran penyakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hannah Delisha berharap karakter Batrisya yang dilakonkannya menerusi drama Lelaki Itu dapat membantu menambah kesedaran masyarakat terhadap penyakit mental.

Hannah, menerusi perkongsian di Instagram berkata, perkara itu disebabkan keprihatinan masyarakat tentang masalah terbabit masih rendah dan perlu ditambah baik.

“Masyarakat kita cenderung untuk memalukan, mengejek atau mengabaikan mereka yang mempunyai penyakit mental.

“Hannah berharap melalui karya Erma Fatima, watak Batrisya dapat mendidik.

“Jika tidak semua, sekurang-kurangnya sebahagian dari penonton Lelaki Itu (sedar) bahawa penyakit mental, postpartum depression (clinical depression) tidak boleh dipandang ringan,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Hannah juga berharap agar masyarakat bersikap lebih prihatin kepada pesakit mental atau mereka yang berdepan masalah berkenaan.

“Ingatlah ada orang, mungkin dalam kalangan kita yang menderita dalam diam. Have empathy,” sambungnya.

Sementara itu, keberkesanan Lakonan Hannah membawakan watak tersebut menerima pujian penonton dan rakan artis.

“Outstanding performance Hannah Sayang!,” tulis pelakon, Nur Fazura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya