Tidak adil terus hukum tanpa lihat konteks keseluruhan

Tidak adil terus hukum tanpa lihat konteks keseluruhan

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan kafir dalam konteks interaksi antara orang Islam dan bukan Islam boleh berubah mengikut keadaan, tempat dan situasi yang memerlukan kepada istilah lebih harmoni khususnya dalam uslub dakwah.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, gelaran kafir adalah kalimah bahasa Arab dan banyak kali disebut dalam al-Quran serta hadis dengan merujuk kepada orang tidak beriman kepada Allah dan Rasul di samping satu istilah melambangkan perbezaan antara iman dan kekufuran serta ia tidak berubah penggunaannya.

Justeru, tidak adil untuk terus menghukum dan mengeji berasaskan kepada potongan video tanpa melihat kepada konteks keseluruhan dimaksudkan dalam ucapan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung isu penggunaan istilah kafir.

Katanya, masyarakat perlu mengambil sikap berhati-hati dan cuba mendapat maklumat yang lebih terperinci sebelum membuat sebarang komen.

“Polemik yang berpanjangan tanpa mempunyai nilai ilmiah dan adab yang baik akan menambahkan lagi kekeliruan dalam masyarakat dan boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

“Sikap sindir-menyindir, mengeluarkan kata-kata kesat, tuduh-menuduh dengan menggunakan media sosial tanpa adab tidak menguntungkan umat Islam yang sangat mementingkan perpaduan sebagai kekuatan umat,” katanya semalam.

Terdahulu, tular klip video yang memaparkan Fadhlina menolak penggunaan istilah kafir dan mengharamkan anak-anak beliau menggunakan perkataan tersebut di rumah.

Penyebaran video itu membuatkan beliau menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat sehingga mengancam keselamatan dirinya dan kemudian membuat laporan polis.

Menteri Pendidikan itu kemudian memohon maaf jika beliau mengguris perasaan pihak tertentu berhubung isu penggunaan istilah kafir menerusi klip video yang tular dalam media sosial.

Luqman menasihatkan semua pihak perlu berhati-hati dan tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham masyarakat dan membuka ruang fitnah dalam isu yang melibatkan keagamaan.

Katanya, penggunaan istilah-istilah hukum hakam agama tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan kepentingan tertentu yang tidak berasaskan kepada asas ilmu Islam yang sebenar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya