PUTRAJAYA: Tiada majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini, tahun ini. Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan, hari ini. “Untuk sambutan Aidilfitri, saya tidak buat majlis besar-besaran di Seri Perdana,” katanya. Bagaimanapun, beliau memaklumkan akan menyertai sambutan Aidilfitri yang dibuat di negeri-negeri oleh kementerian berkaitan. Keputusan untuk tidak menganjurkan sambutan Aidilfitri di Seri Perdana bukan kali pertama diumumkan Anwar, malah sambutan itu juga tidak diadakan tahun lalu. Tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya