PETALING JAYA: Bekas senator, Datuk Ras Adiba Mohd. Radzi tidak lagi meneruskan misi pencarian Zalina Azman yang gagal dijejaki sejak dilaporkan hilang lebih dua tahun lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ras Adiba memaklumkan keputusan itu dibuat selepas tiada petunjuk baharu ditemukan tentang keberadaan bekas personaliti TV3 itu. “Mungkin sudah tidak (mencari). Tapi saya tak akan sesekali putus harapan. “Kalau pergi ke mana-mana saya tetap akan bertanya kepada sesiapa, ada atau tidak mereka terlihat Zalina? “Malangnya tiada petunjuk baru atau klu yang ditemukan tentang keberadaannya,” katanya. Zalina dilaporkan hilang pada 29…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya