GEORGE TOWN : Tidak ada golongan miskin tegar yang tinggal di Kampung Melayu, Air Itam di sini ketika ini kerana hal ehwal kebajikan mereka sering diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan. Penasihat Yayasan Global Mesra Sdn. Bhd., Datuk Seri Salim Abdul Rahman berkata, sebagai anak jati Kampung Melayu, beliau juga bertanggungjawab untuk membantu penduduk di situ keluar daripada belenggu kemiskinan yang mencengkam mereka selama ini. Katanya, tanggungjawab itu selaras dengan sasaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melihat jumlah miskin tegar di Pulau Pinang dapat disifarkan menjelang Jun ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya